You are here: Home > The Society > Constitution and ByLaws > Fees

Fees

1. Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

  • Bayaran masuk RM 100.00 (Ringgit Malaysia: seratus sahaja)
  • Yuran tahunan RM 100.00 (Ringgit Malaysia: seratus sahaja) untuk Ahli Biasa
  • RM 50.00 (Ringgit Malaysia: seratus sahaja) untuk Ahli Bertaraf pelajar

2. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari tidak lewat dari akhir bulan Januari tiap-tiap tahun.

3. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada satu (1) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutang yurannya telah dijelaskan.

4. Ahli yang membiarkan hutang yurannya sebanyak lebih daripada dua (2) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli pertubuhan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutang yurannya terlebih dahulu.

5. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliaannya terlucut disebabkan hutang yuran.

6. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

2018-2019 MNA Committee Members

 

 

2018-2019 MNA Committee Members