Fees

1. Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

2. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari tidak lewat dari akhir bulan Januari tiap-tiap tahun.

3. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada satu (1) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutang yurannya telah dijelaskan.

4. Ahli yang membiarkan hutang yurannya sebanyak lebih daripada dua (2) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli pertubuhan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutang yurannya terlebih dahulu.

5. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliaannya terlucut disebabkan hutang yuran.

6. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.