Prohibition
1. Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh Setengah, semua permainan dadu, banker game dan semua jenis permainan video dan permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;
2. Pertubuhan atau ahli-ahli tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga menganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi AKTA KESATUAN SEKERJA,1959.
3. Pertubuhan tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;
4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.