Membership Regulation

1. Keahlian adalah terbahagi kepada satu kategori:
(i) Ahli biasa 
Terbuka kepada ahli akademik, ahli sains, ahli nanoteknologi atau ahli profesion lain yang berminat atau berkecimpung dalam bidang teknologi yang berumur 18 tahun ke atas.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab- sebabnya.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

4. Seorang pelajar Universiti atau Kolej- Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti berkenaan.